Wednesday 9 March 2011

pengaplikasian ict dalam pendidikan



            Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memaparkan maklumat. Perkembangan teknologi maklumat telah mencapai satu tahap di mana ia menampakkan pengaruh tertentu di dalam kehidupan manusia terutama penduduk bandar. Dengan kewujudan komputer, peranannya sebagai agen perubahan tidak pernah berkurang. Penggunaan rangkaian internet telah berupaya menyebabkan perubahan yang besar ke atas aspek fizikal, ekonomi dan sosial. Teknologi maklumat dapat membezakan sesebuah Negara maju dengan sesebuha Negara membangun.

             
            Internet dapat diaplikasikan dalam pendidikan melalui aktiviti-aktiviti samada dalam tugasan harian atau yang melibatkan proses P&P. Kemajuan internet juga telah membawa perubahan positif kepada cara guru mengajar murid, bekerja, berkomunikasi malah bermain. Kepesatan internet bukan sahaja dapat mencari maklumat malah dapat merapatkan hubungan manusia untuk berkomunikasi.

            Penggunaan e-mel yang terangkum di dalam pengaplikasian teknologi maklumat dapat memberi banyak manfaat kepada para guru dan pelajar. Dengan penggunan e-mel, guru dan pelajar boleh menyertai kumpulan perbincangan untuk bersoal jawab, membincangkan soalan-soalan dan berkongsi pengalaman serta pengetahuan. Penggunaan e-mel amat memberi manfaat kepada guru dalam melakukan aktiviti. Antaranya, dapat berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesame guru, ibu bapa, palajar dan pihak jabatan atau kementerian. Selain itu, penggunaan e-mel boleh mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal, berkongsi dan bertukar pendapat berhubung proses pengajaran dan pembelajaran seperti teknik pengajaran terbaik, idea yang kreatif dan inovatif dan lain-lain.

            Bagi para pelajar pula, manfaat yang dapat diterima daripada penggunaan e-mel ialah dapat berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah lain, dapat berbincang dengan rakan dari kalangan rakan yang berbeza bangsa mengenai pelbagai isu, dapat menggalakkkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melalui komunikasi dengan rakan pena di luar Negara dan memperoleh bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah secara “ online” sahaja.


            Internet juga membolehkan pembelajaran, perkhidmatan dan program latihan disalurkan melaului talian dan diakses secara jarak jauh.  E-learning atau pembelajaran melalui online dilaksanakan dengan menggunakan teknologi seperti telefon, audio, videotape yang menggunakan talian atas komputer. Pembelajaran secara talian merupakan satu kaedah yang menyenangkan dalam pembelajaran dan pengajaran. Pembelajaran ini membolehkan pelajar belajar di mana-mana sahaja pada masa yang dipilih oleh pelajar. Ini membolehkan pelajar mengurus masanya dengan lebih efektif. Pembelajaran secara maya ini juga dapat menjimatkan kos. Selain itu, pelajar berpeluang mendapat pengalaman berbincang dengan pakar dari universiti melalui e-mel atau balacboard. Apabila semakin banyak teknologi diperkenalkan dalam bidang pendidikan ini, pendidikan jarak jauh menyediakan satu cara untuk menyebarkan maklumat dan pengetahuan secara global.

            Kepesatan bidang teknologi dalam pelbagai bidang ini memberi impak yang besar kepada Negara. Pada zaman sekarang, kebanyakan remaja malah kanak-kanak telah mahir menggunakan komputer untuk mengakses internet. Perluasan penggunaan internet dapat memberi kesan yang baik kepada mereka. Tetapi, jika penggunaan internet ini disalah guna, ia akan memberi kesan yang negatif kepada masyarakat malah akan merosakkan minda mereka. Pada peringkat remaja, perasaan ingin tahu menyebabkan mereka terdorong untuk melayari laman web yang tidak sepatutnya mereka layari contoh laman web lucah. 


             Jika masalah ini tidak dibendung ia akan memberi impak yang amat besar kepada masa depan remaja.  Pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini perlu memberi penekanan yang lebih kepada masalah terbabit. Ibu bapalah yang menjadi peranan penting dalam membentuk anak-anak mereka.  Seharusnya ibu bapa haruslah sentiasa memantau aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mereka.

           

11 comments:

  1. ICT dalam pendidikan merupakan penggunaan kemajuan teknologi moden sebagai alat pemangkin perkembangan dunia pendidikan melalui teknologi maklumat melalui ruang maya atau apa-apa media penyebaran dan penyampaian maklumat sama ada dalam bentuk audio, video dan data dan bertepatan sebagai aplikasi penggunaaan peralatan teknologi pendidikan untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan pembelajaran. Antara saranan saya untuk meningkatkan keberkesanan sistem pembelajaran melalui ICT adalah:

    1) Menggunakan telesidang video untuk berkomunikasi dimana ia merupakan pembangunan terkini yang berlaku dalam pendidikan adalah berasaskan video yang dikenali sebagai video interaktif dua hala. Teknologi ini boleh menghantar dan menerima maklumat dari lokasi-lokasi yang dilengkapkan dengan kamera, mikrofon dan monitor video. Kaedah transmisi menggunakan peralatan seperti satelit, gelombang mikro, kabel, gentian optik atau talian telefon digital yang dapat menghubungkan antara dua lokasi atau lebih. Melalui penggunaan video interaktif ini membolehkan seorang pengajar pakar yang berada dalam satu lokasi mengajar pelajar-pelajar yang berada dalam lokasi yang berlainan dan jauh antara satu sama lain.

    2) Pengajar dan pelajar boleh menyiarkan bahan-bahan dalam internet. Proses penyiaran melalui internet adalah lebih cepat dan murah berbanding dengan saluran konvensional. Hasil kerja pengajar dan pelajar boleh dihantar ke internet supaya seluruh dunia dapat membacanya atau membuat penilaian terhadap sesuatu pengajaran yang dibangunkan. Kreativiti dan inovasi pengajar juga dapat dipaparkan melalui internet bagi pembangunan dan pengembangan kerjaya seseorang pengajar dalam bidangnya. Dengan adanya penyebaran maklumat secara global ini, ia juga dapat menaikkan lagi nama sesebuah institusi pengajian.

    3) Menggunakan kaedah pembelajaran E- Learning atau pembelajaran melalui online adalah pembelajaran yang pelaksanaannya didukung oleh jasa teknologi seperti telefon, audio, videotape, transmisi satelit atau komputer. Pembelajaran secara talian merupakan satu kaedah yang menyenangkan pembelajaran dan pengajaran.

    4) Menggunakan perpustakaan online(e-library) secara mapan dimana ia menyediakan lebih 800 juta maklumat ilmu pengetahuan yang sangat berguna khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Kewujudan perpustakaan secara maya ini boleh diakses seluruh dunia. Ia membolehkan para guru dan pelajar untuk mendapatkan bahan dan maklumat untuk projek atau penyelidikan bagi meningkatkan inovasi dan kreativiti guru dan pelajar dalam sesuatu bidang yang diceburi. Jurnal-jurnal dan teks- teks elektronik banyak membantu pembelajaran ke arah meneroka maklumat mengikut kehendak individu secara interaktif.

    5) Para pengajar juga boleh merekacipta laman web bagi proses P&P. Kaedah laman web ini masih dianggap baru bagi sesetengah institusi pengajian berbanding dengan kaedah kuliah yang telah digunakan sejak sekian lama. Kaedah pengajaran melalui laman web ini adalah kaedah pengajaran yang melibatkan pemerhatian dan membuat. Dalam hal ini, pelajar akan memerhati laman web yang disediakan menerusi monitor komputer bertalian internet dengan cara membaca serta berinteraksi dan seterusnya melakukan kerja-kerja mencatat atau membuat penyalinan.

    NORSYAZANA BINTI ZULKIFLI
    A125102
    TAHUN 3 (SEM 2 2010/2011)
    FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI
    SELASA, 8-10 PM, MAKMAL 3
    Isu Teknologi & Inovasi Dalam P&P

    ReplyDelete
  2. Seorang guru perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran guru. Ini disebabkan terdapat pelbagai pemahaman terhadap konsep yang diberikan oleh guru bahasa melayu. Tiga komponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan komputer iaitukcomputer bahasa dan pembelajaran. Guru pada peringkat awal perlu memahami konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agar memberikan kesan yang optimum kepada pelajar.
    Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa ada diperlukan oleh guru BM. Namun, penggunaan yang tidak menyeluruh dari segi keperluan perlu diberikan perhatian. Contohnya, penggunaan komputer dalam kemahiran menulis sepatutnya diberikan perhatian kerana penggunaan komputer mampu membantu pelajar dalam menyususn organisasi teks serta dapat memudahkan penyuntingan dilakukan. Bagi memastikan keberkesanan pengajaran, bahan bantu yang digunakan perlulah dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan.
    Kursus komputer perlu dihadiri oleh guru BM. Untuk menjamin keberkesanan penggunaan dalam pengajaran, kursus yang dihadiri perlu dikaitkan dengan pembinaan bahan pengajaran. Perisian yang sesuai boleh digunakan untuk tujuan tersebut.
    Cabaran yang dihadapi oleh guru BM dalam melaksanakan pengajaran berbantukan komputer meliputi aspek kursus peningkatan, pelajar yang pelbagai kecerdasan, teknologi komputer yang sering berubah, masa yang diperlukan untuk membuat persediaan pengajaran, dan sebagainya boleh memberikan kesan terhadap pengajaran. Dalam hal ini, perancangan dan persediaan pihak pentadbir sekolah dalam menyediakan guru-guru benar-benar menguasai kemahiran tersebut perlu dilakukan secara professional.
    Masalah pengguaan computer perlu dihadapi dengan memberikan penekanan kepada penggunaan ICT dalam pengajaran sebagaimana yang ditekankan oleh Kementerian Pelejaran. Sukatan pelajaran BM perlu dirujuk untuk melihat keperluan menggunakan komputer dalam pengajaran. Selain itu, penekanan pengajaran secara integrasi dalam mata pelajaran yan lain juga mampu untuk membantu pelajar mahir dalam sesuatu tajuk.
    Kesimpulannya, BM sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari segi pandangan umum terhadap kepentingan dalam pengajaran. Walaupun demikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan. Penggunaan komputer dalam pengajaran BM berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai BM dengan lebih baik. Oleh itu, latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan penggunaan internet dalam pengajaran semasa perlu diberikan perhatian.

    SITI NURULHUDA BINTI SHEH ANUAR
    A127887
    TAHUN 2/FSSK

    ReplyDelete
  3. Penggunaan internet boleh memberikan kesan positif mahupun negatif. Bagi memastikan internet tidak disalahguna, beberapa langkah boleh diambil. Antaranya adalah;

    1)Pendedahan awal penggunaan internet pada saluran yang benar dan kepentingan internet dalam kehidupan seharian manusia termasuk dalam sistem pendidikan
    2)Menapis laman web yang mengandungi isi kandungan yang tidak sesuai pada masyarakat khususnya golongan muda
    3)Ibu bapa mengawal penggunaan internet anak-anak dan menerangkan baik buruk pengunaan internet buat mereka
    4)Institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti menggalakkan penggunaan internet untuk pencarian maklumat dan sesi pengajaran dan pembelajaran
    5)Tindakan undang-undang yang tegas dikenakan kepada individu yang cuba menyalahgunakan internet seperti perbuatan menggodam komputer,menyebarkan fitnah melalui blog, plagiat dan sebagainya

    SITI KHADIJAH OMAR
    A125169
    TAHUN 3 SEM 2 SESI 2010/2011
    FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI
    MAKMAL 3 SELASA 8 PM

    ReplyDelete
  4. ADAKAH ANDA BERSETUJU BAHAWA PERKEMBANGAN TEKNOLOGI SEIRING DENGAN PENINGKATAN KEGIATAN SEKSUAL?

    Isu pembuangan bayi kini tidak boleh dipandang remeh lagi. Kebanyakan remaja kini menjadikan kes pembuangan bayi ini satu trend baru dalam gaya hidup mereka. Bagi mereka, cara pembuangan bayi ini merupakan jalan terakhir bagi mereka untuk menyelesaikan masalah sekiranya mengandung luar nikah. Hal ini secara tidak langsung menjadi isu penting yang boleh merendahkan martabat negara kita yang sebelum ini dipandang tinggi oleh negara lain.
    Perkembangan teknologi masa kini menjadi salah satu punca masalah sosial seperti kes pembuangan bayi ini kian berleluasa. Seperti yang kita sedia maklum, teknologi yang dicipta bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada masyarakat. Namun, ada pihak yang telah menyalahgunakan kemudahan tersebut untuk tujuan yang tidak berfaedah. Terdapat sesetengah masyarakat menggunakan teknologi untuk tujuan seks. Laman sosial seperti Facebook, Tagged dan Twitter telah digunakan untuk memaparkan gambar-gambar yang menjolok mata dan aksi yang mengghairahkan. Selain itu, terdapat juga pengguna yang menawarkan perkhidmatan seks melalui laman sosial.
    Peralatan berteknologi seperti telefon bimbit dan “webcam” turut disalahgunakan. Terdapat segelintir individu yang melakukan hubungan seks melalui peralatan tersebut. Istilah “Phone Sex” digunakan untuk hubungan seks melalui telefon bimbit. “Webcam” juga digunakan untuk tujuan yang sama melalui alam maya. Pilihan tersebut dibuat kerana ia merupakan salah satu cara individu untuk mendapatkan kepuasan tanpa perlu bersemuka dengan pasangan seks.
    Kajian yang dilakukan oleh Farahwahida Mohd. Yusof dan Norazila binti Sugiman (UTM) menunjukkan bahawa faktor media massa menjadi punca utama kepada amalan seks bebas. 357 orang responden daripada 425 orang respnden yang terlibat dalam kajian tersebut mengatakan bahawa video dan gambar-gambar lucah banyak terdapat di pasaran dan mudah dilayari di internet. Hasil kajian tersebut telah menunjukkan bahawa kecanggihan teknologi telah menjadi pendorong kepada perlakuan seks bebas dalam kalangan masyarakat hari ini. Lambakan bahan-bahan pornografi di internet adalah hasil daripada perkembangan teknologi. Oleh yang demikian, penyalahgunaan teknologi menyumbang kepada gejala seksual, sekaligus meningkatkan bilangan kes pembuangan bayi.

    NORSUHAIDA BINTI RASHID
    A128064
    PEMBANGUNAN MANUSIA, FSSK
    SEMESTER 2, SESI 2010/2011

    ReplyDelete
  5. Teknologi internet adalah merupakan gabungan antara teknologi komputer dan komunikasi. Teknologi ini berkembang dengan pesat dan memberikan kesan yang amat besar dalam sistem pendidikan di seluruh dunia terutamanya di Malaysia. Kemudahan yang disediakan khususnya laman web, mel elektronik, forum perbincangan dalam talian semakin rancak digunakan kini sebagai medium perkongsian, penyebaran maklumat serta saluran komunikasi utama.
    Teknologi multimedia menerusi laman web dan penciptaan blog sendiri adalah yang paling hangat serta mendapat perhatian ramai. Kini, kaedah pengajaran dan pembelajaran juga semakin maju dan berubah setelah adanya medium teknologi multimedia ini di sekolah. Di setiap sekolah mempunyai makmal komputer sendiri yang membolehkan pelajar menggunakan bahan yang disediakan seperti komputer, LCD dan sebagainya dalam prose pembelajaran dan memudahkan pelajar mengakses internet. Sehubungan dengan itu, penggunaan media juga dapat membantu pelajar dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara contoh media ialah CD-ROM, cakera padat, VCD, mikrofon, komputer, papan putih, nota dan sebagainya.

    Kajian mendapati bahawa media pengajaran ini berfaedah kerana dapat meningkatkan kefahaman serta kemahiran pelajar setelah input diperolehi. Pelajar akan cepat memahami akan maklmumat yang ingin disampaikan oleh guru melalui medium media pengajaran. Bentuk dan kaedah yang digunakan adalah menarik serta mudah difahami telah memudahkan guru menyampaikan maklumat dan pelajar akan mudah menerima serta memahami maklumat yang ingin disampaikan.

    Pembelajaran melalui teknologi multimedia mempunyai banyak kelebihannaya. Antara seperti :

    • pelajar boleh mencapai capaian bahan maklumat walau di mana jua mereka berada
    • bahan sumber maklumat boleh diperolehi daripada sumber tambahan di seluruh dunia
    • pengurusan dan pengemaskinian bahan pembelajaran menjadi lebih mudah dan cepat
    • pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh disediakan bagi kegunaan pelajar dan pendidik
    Kepelbagaian penggunaan media pengajaran yang merangkumi ICT ini dapat menghasilkan perubahan dan proses pengajaran dan pembelajaran seperti pelajar dapat memperohi pengetahuan dan kemahiran. Sehubungan dengan itu, pelajar akan memperolehi pengalaman yang bermakna dan menarik minat mereka untuk meneruskan pembelajaran. Selain itu, pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi.

    Terdapat pelbagai faktor perlunya teknologi multimedia diwujudkan bersama-sama internet. Antaranya ialah :

    a) meningkatkan minat para pelajar dalam mencari bahan serta maklumat yang menyeronokkan dan menghiburkan. Penggunaan elemen-elemen multimedia dalam proses P&P dapat menarik minat pelajar agar tidak bosan dan dapat memberikan perhatian sepenuhnya ketika proses P&P berlangsung.

    b) mengurangkan masa bagi menguasai aplikasi yang digunakan dengan mudah dapat menjimatkan masa. pelajar dapat menggunakan medium ini untuk mempersembahkan proses ujikaji yang dapat digunakan dalam pendidikan.

    c) meningkatkan pemahaman dan pengekalan informasi dalam ingatan. Penggunaan media yang menarik membolehkan seseorang pelajar memahami sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan seterusnya dapat menyimpan informasi yang diterima dalam ingatan jangka panjang. Persembahan melalui video grafik, animasi, power point dapat meningkatkan daya ingatan seseorang terutama pelajar.

    Oleh itu, medium multimedia ini adalah terbaik dalam proses pendidikan untuk menyampaikan maklumat. Guru perlu lebih arif dalam penggunaan bahan-bahan yang disediakan bagi meningkatkan pemahaman pelajar serta minat mereka tentang teknologi maklumat

    FATIN FARHANA BT ZAKARIA
    A127817
    FSSK/2
    ISNIN 8-10 MALAM, MAKMAL 3 DEWAN BUDIMAN

    ReplyDelete
  6. Berdasarkan beberapa pendapat, pemakalah menyimpulkan Teknologi merupakan penerapan (aplikasi) dari sains yang bertujuan untuk memenuhi kebutuhan manusia dan mempercepat pencapaian tujuan dari setiap kegiatan yang akan dilakukan. Sedangkan pendidikan dapat diartikan secara sempit (formal) maupun luas (formal maupun nonformal). Dalam hal ini pendidikan diartikan secara alternatif sebagai usaha sadar yang dilakukan oleh keluarga, masyarakat dan pemerintah melalui kegiatan bimbingan, pengajaran, dan atau latihan yang berlangsung di sekolah dan di luar sekolah sepanjang hayat untuk mempersiapkan peserta didik agar dapat memainkan peranan dalam berbagai lingkungan hidup secara tepat di masa yang akan datang.
    Teknologi dalam pendidikan mencakup setiap kemungkinan sarana (alat) yang dapat digunakan untuk menyajikan informasi dalam pendidikan dan latihan. Ellington (1989) menyatakan bahwa teknologi dalam pendidikan pada dasarnya adalah apa yang oleh teknologi pendidikan dipopulerkan dengan nama alat bantu pandang dengar (audiovisual aid). Selanjutnya dikembangkan dalam pembelajaran untuk pencapaian tujuan pembelajaran tertentu. Teknologi dalam pendidikan merupakan perpaduan Aspek Teoritis Dalam Pendidikan, Aspek Perangkat Keras (komponen yang saling bergantung tetapi tidak berbeda satu sama lainnya) dan Aspek Perangakat Lunak (berkenaan dengan benda yang dipakai pada perangkat keras).
    Pengguanaan teknologi telah berjalan lama sesuai perkembangan dan aspeknya. Eric Hasby membagi revolusi dalam pendidikan menjadi 4, yaitu: Pertama, saat masyarakat mendiferensiasikan peranan orang dewasa, Kedua, digunakannya tulisan sebagai sarana pendidikan, Ketiga, ditemukannya mesin cetak dan Keempat, penggunaan teknologi canggih sebagai perkembangan bidang elektronik. Dari apa yang dialami ternyata bahwa terdapat hubungan timbal balik antara teknologi dan pendidikan, hal ini lebih terkhusus lagi dengan teknologi komunikasi.
    Kecenderungan pendidikan yang dikaitkan dengan perkembangan teknologi komunikasi dikemukakan Miarso dan Iskandar (1974) sebagai berikut :
    a. Kecenderungan pendidikan sepanjang jaga
    b. Pendidikan gerak cepat tetapi tepat
    c. Pendidikan yang mudah dicerna dan diresapi
    d. Pendidikan yang memikat hati
    e. Penyebaran pusat pendidikan
    f. Pendidikan mustari (tepat pada saat penyampaiannya)
    g. Pendidikan yang murah
    Kegunaan teknologi dalam pendidikan dinyatakan Komisi Instruksional AS, sebagai berikut :
    a. meningkatkan produktivitas pendidikan
    b. memungkinkan pendidikan individual
    c. memberikan dasar yang lebih ilmiah terhadap pengajaran
    d. lebih memantapkan pengajaran
    e. memungkinkan belajar seketika
    f. memungkinkan penyajian pendidikan lebih luias dan merata

    NUR RADIA BINTI HARUN
    A128048
    FSSK/2
    PEMBANGUNAN MANUSIA

    ReplyDelete
  7. Apabila memperkatakan tentang internet, pasti ada pro dan kontra. Bagi saya kecanggihan teknologi ini memang memberikan banyak manfaat terutamanya golongan pelajar.Kemudahan internet memberi satu dimensi baru kepada para pelajar dalam proses mencapai maklumat dengan pantas tanpa mengira lokasi dan masa.Begitu juga dalam sektor perkhidmatan, perniagaan mahupun dalam bidang perubatan. Dalam zaman yang memerlukan kepantasan ini amat wajarlah kemudahan internet sebagai wahana untuk melunaskan segala tugasan. Justeru, keburukan internet ini bergantung kepada penggunaan setiap individu. Jika pengguna hanya menjadikan kemudahan ini untuk "menganiayai" diri sendiri, itulah yang diperolehi.

    NUR SYAIRAH MOHAMAD
    A128536
    FSSK/2

    ReplyDelete
  8. Internet juga dikenali sebagai dunia tanpa sempadan. Banyak lagi kelebihan-kelebihannya yang belum lagi diaplikasikan secara meluas. Dengan akses yang semakin meluas dan service provider yang banyak dengan tawaran harga yang servis yang hebat, hampir semua orang mampu menggunakan internet. Dengan maklumat yang tidak terbatas, ICT adalah amat penting dalam pembelajaran terutamanya untuk mencari maklumat yang baru.

    NUR AKMAL BINTI MOHAMED ROZALI
    A126692
    FST/2 PROGRAM GENETIK (PPBsBt)

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Internet merupakan sumber ilmu pengetahuan tanpa batasan. Ia perlu dimanfaatkan sebaiknya dan tidak disalahgunakan. Bagi mengatasi masalah yang dinyatakan di atas, terdapat pelbagai perisian komputer yang boleh digunakan untuk mencegah remaja dari melayari laman web yang tidak sepatutnya. Antaranya seperti McAfee Parental Control, Net Nanny Parental Control dan CyberPatrol.

    http://internet-filter-review.toptenreviews.com/

    MUHAMMAD ANUAR BIN MAULOD (A130797)
    PROGRAM KOMUNIKASI DAN PENGURUSAN MAKLUMAT
    FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
    TAHUN 2 SEMESTER 2 SESI 2010/2011
    TUTORIAL: 8-10pm, SELASA, MAKMAL3 Fakulti Pendidikan

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Syafiqah,

    Teknologi yang berkembang pesat kini banyak membantu dalam pengurusan kehidupan manusia. Kemudahan teknologi kini dapat memudahkan pekerjaan, menjimatkan masa, dan sebagainya.Generasi internet dikatakan bersikap terbuka berbanding dengan sebelumnya. Generasi internet juga didapati lebih berdikari dan kritikal bermula dari bangku sekolah lagi. Sememangnya medium informasi siber seperti ini ternyata memberikan input yang berkesan dalam mencorakkan transformasi minda golongan masyarakat.


    SAKINAH BINTI RAMLI
    A130757
    TAHUN 2(SEM 2 2010/2011)
    PSIKOLOGI,FSSK
    SELASA 8-10 MALAM
    MAKMAL 3

    ReplyDelete