Wednesday, 9 March 2011

pengaplikasian ict dalam pendidikan



            Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memaparkan maklumat. Perkembangan teknologi maklumat telah mencapai satu tahap di mana ia menampakkan pengaruh tertentu di dalam kehidupan manusia terutama penduduk bandar. Dengan kewujudan komputer, peranannya sebagai agen perubahan tidak pernah berkurang. Penggunaan rangkaian internet telah berupaya menyebabkan perubahan yang besar ke atas aspek fizikal, ekonomi dan sosial. Teknologi maklumat dapat membezakan sesebuah Negara maju dengan sesebuha Negara membangun.

             
            Internet dapat diaplikasikan dalam pendidikan melalui aktiviti-aktiviti samada dalam tugasan harian atau yang melibatkan proses P&P. Kemajuan internet juga telah membawa perubahan positif kepada cara guru mengajar murid, bekerja, berkomunikasi malah bermain. Kepesatan internet bukan sahaja dapat mencari maklumat malah dapat merapatkan hubungan manusia untuk berkomunikasi.

            Penggunaan e-mel yang terangkum di dalam pengaplikasian teknologi maklumat dapat memberi banyak manfaat kepada para guru dan pelajar. Dengan penggunan e-mel, guru dan pelajar boleh menyertai kumpulan perbincangan untuk bersoal jawab, membincangkan soalan-soalan dan berkongsi pengalaman serta pengetahuan. Penggunaan e-mel amat memberi manfaat kepada guru dalam melakukan aktiviti. Antaranya, dapat berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesame guru, ibu bapa, palajar dan pihak jabatan atau kementerian. Selain itu, penggunaan e-mel boleh mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal, berkongsi dan bertukar pendapat berhubung proses pengajaran dan pembelajaran seperti teknik pengajaran terbaik, idea yang kreatif dan inovatif dan lain-lain.

            Bagi para pelajar pula, manfaat yang dapat diterima daripada penggunaan e-mel ialah dapat berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah lain, dapat berbincang dengan rakan dari kalangan rakan yang berbeza bangsa mengenai pelbagai isu, dapat menggalakkkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melalui komunikasi dengan rakan pena di luar Negara dan memperoleh bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah secara “ online” sahaja.


            Internet juga membolehkan pembelajaran, perkhidmatan dan program latihan disalurkan melaului talian dan diakses secara jarak jauh.  E-learning atau pembelajaran melalui online dilaksanakan dengan menggunakan teknologi seperti telefon, audio, videotape yang menggunakan talian atas komputer. Pembelajaran secara talian merupakan satu kaedah yang menyenangkan dalam pembelajaran dan pengajaran. Pembelajaran ini membolehkan pelajar belajar di mana-mana sahaja pada masa yang dipilih oleh pelajar. Ini membolehkan pelajar mengurus masanya dengan lebih efektif. Pembelajaran secara maya ini juga dapat menjimatkan kos. Selain itu, pelajar berpeluang mendapat pengalaman berbincang dengan pakar dari universiti melalui e-mel atau balacboard. Apabila semakin banyak teknologi diperkenalkan dalam bidang pendidikan ini, pendidikan jarak jauh menyediakan satu cara untuk menyebarkan maklumat dan pengetahuan secara global.

            Kepesatan bidang teknologi dalam pelbagai bidang ini memberi impak yang besar kepada Negara. Pada zaman sekarang, kebanyakan remaja malah kanak-kanak telah mahir menggunakan komputer untuk mengakses internet. Perluasan penggunaan internet dapat memberi kesan yang baik kepada mereka. Tetapi, jika penggunaan internet ini disalah guna, ia akan memberi kesan yang negatif kepada masyarakat malah akan merosakkan minda mereka. Pada peringkat remaja, perasaan ingin tahu menyebabkan mereka terdorong untuk melayari laman web yang tidak sepatutnya mereka layari contoh laman web lucah. 


             Jika masalah ini tidak dibendung ia akan memberi impak yang amat besar kepada masa depan remaja.  Pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini perlu memberi penekanan yang lebih kepada masalah terbabit. Ibu bapalah yang menjadi peranan penting dalam membentuk anak-anak mereka.  Seharusnya ibu bapa haruslah sentiasa memantau aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mereka.

           

~video technology part 2~

6) Sensor Lift / door
video


7) Amazing Handphone
video

8) Two Way Television

video

9) Flexible Table
video

10) Sony Flexible Full colour OLED

video


~video technology part 1~

1) New Touch Screen Vending Machine

video

2) Robot play Violin

video


3) Transparent PC Screen

video

4) Micro-surgery for Neurosurgery

video


5) P2i Water Resistant Micron Technology

video


~kepelbagaian teknologi & inovasi~



1) ECO PRINTER : Printer Mesra Alam

Eco printer merupakan sebuah printer mesra alam berteknologi tinggi yang membolehkan pengguna menggunakan kertas yang telah digunakan untuk mencetak maklumat baru. Printer ini dapat mencetak maklumat baru di atas sehelai kertas yang telah digunakan secara berulang kali. Ia dapat menjimatkan kos pembelian kertas baru dan dapat memanjangkan jangka hayat sehelai kertas itu kerana ia dapat digunakan berulang kali. Eco Printer ini menggunakan dakwat (ink) khusus yang membolehkan cetakan lama yang ada pada kertas tersebut dapat dihapuskan dengan penyinaran UV.  Jadi, kita dapat menggunakan kertas yang sama berulang kali tanpa membuangnya.



2) BEND DESK

Meja merupakan peralatan yang perlu ada dalam sesebuah pejabat. Meja yang banyak akan menyempitkan ruang. Bend desk merupakan sebuah meja multi-touch yang menggunakan kedua-dua permukaan meja iaitu menegak dan mandatar. Bend desk merupakan meja yang menunjukkan kandungan digital di mana bahagian menegak akan menunjukkan kandungan digital dan ruang horizontal menempatkan peranti input yang mengandungi alatan seperti mouse, dan keyboard. Setiap daerah menggunakan teknik interaksi yang berbeza. Bend desk juga boleh digunkan untuk untuk memaparkan kandunagn digital seperti dokumen, foto atau video. Multi-touch teknologi membolehkan pengguna berinteraksi sengan seluruh permukaan menggunakan menipulasi lansung dengan gerakan multi-touch.


  
Lihat video tersebut.
video

Bahagian belakang dan dalam Bend Desk

3) CELL PHONE BATTERY




Beteri handphone yang dapat dicas semula pada bila-bila masa apabila handphone kehabisan beteri. Boleh digunakan dalam keadaan terdesak. Beteri tersebut dapat dicas semula dengan cara mengerakkan / menghayunkan (swing) bateri tersebut di jari telunjuk beberapa kali. Cara-cara penggunaan beteri tersebut.

.

4) IPHONE CONNECTED BLOOD PRESSURE MONITOR

Dengan teknologi tekini, tahap tekanan darah dapat diukur hanya di rumah tanpa perlu ke hospital bagi melakukuan pemeriksaan kesihatan. Produk terbaru iPhone dari Syarikat Withing ini mempunyai alat pengukur tahap tekanan darah. Dengan alat pengukuran tahap tekanan darah ini, pengguna dapat mengukur tahap tekanan darah di mana-mana sahaja dan dapat dilakukan dengan mudah sekali. Semua data akan disimpan dan direkod ke dalam ruang talian pengguna.



5) SENSOR TRASH CAN  


      

Tong sampah berteknologi tinggi yang mempunyai sensor pada penutupnya. Pengguna tidak  perlu lagi mengotorkan tangan apabila mahu membuka penutup tong sampah. Penutup tong sampah ini akan terbuka secara automatik apabila kita berada berhampiran dengannya. Ini merupakan cara yang lebih bersih dan lebih mudah apabila membuang sampah. Penutup tong sampah ini akan terbuka selama 30 saat jika kita berdiri berhampirannya selama 3 saat. Ini akan memberikan masa lebih lama ketika membuang sampah tanpa perlu membuka sendiri penutup tong sampah dengan tangan.
Ciri-ciri sensor trash can.
  • Works using the latest sensor technology
  • Lid opens automatically and will remain open when your hands are 6'' from the sensor
  • Open and close buttons for manual operation
  • Holds 8 gallons/30 liters
  • Accommodates 8 or 10-gallon trash bags
  • Interior ring secures trash bag inside the trash can
  • Runs on 4 D-size batteries or optional AC-power adaptor
  • 1 year manufacturer's limited warranty
  • Model IT08RCB


6) PAIP AIR BOLEH MEMANTAU KADAR PENGGUNAAN AIR

Koolhaus Tapware merupakan paip air pintar yang dapat mengukur kadar air yang digunakan. Ia telah direkabentuk oleh Danial Dobrogorsky. Paip pintar ini dapat memantau kadar penggunaan air di bilik mandi termasuk shower dan tandas. Ia dilengkapi dengan sensor yang akan menutup aliran air apabila penggunanya berada jauh dari paip ini selepas 2 saat. Kadar air yang digunakan dapat dilihat pada skrin LCD yang terdapat pada paip ini. Data tersebut juga dapat dihantar ke komputer dan pengguna dapat melihat kadar penggunaan air terdahulu seterusnya menetapkankan kadar aliran air untuk setiap paip di bilik mandi  sebelum pengubahsuaian dibuat untuk penjimatan.





7) SOLAR CLOTH DRYING RACK


Overview: During the winter season, it becomes difficult to dry your clothes. As the name hints, the Solar Clothes Drying Rack is the eco-friendly home product that lets you dry theclothes using he Sun’s power.

Made up of: The sun powered drying rack is made up of liang hanger that when exposes to sun for long hours takes solar energy as the energy source to dry the clothes.

Features: The rack comes with the internal liang hanger that comes with solar panels to soak juice from the Sun to dry the clothes you hang on.






8) SETERIKA TANPA WAYAR

Panasonic NI-WL600 merupakan seterika yang tidak mempunyai wayar atau kabel. Ia mempunyai ciri 360° Freestyle yang mana mudah untuk menggerakkan seterika ini ke mana-mana arah. Penggunanya boleh memilih sama ada menggunakannya secara kering atau wap. Ia mempunyai butang stim, bekas air yang boleh ditanggalkan, kawalan suhu elektronik untuk menetapkan tahap kepanasan yang tepat untuk semua fabrik, sistem anti-drip yang melindungi fabrik daripada titisan air, auto shut off selepas 10 minit setelah ia ditinggalkan dibasenya dan ciri-ciri yang lain.







9) ALAT PEMANTAU PRESTASI UNTUK RENANG




Finis Swimsense swimming performance monitor merupakan alat pemantau renang pertama di dunia yang boleh membezakan secara automatik antara kuak lentang, kuak dada, kupu-kupu dan gaya bebas. Selain dapat membezakan jenis kuakkan renang secara automatik, ia juga boleh merekodkan jumlah pusingan, kalori yang dibakar, masa pusingan, jarak keseluruhan yang dilalui dan bilangan kuakkan. Dengan alat ini, pengguna hanya perlu memakai dan terus berenang dan ia akan merekodkan prestasi renangan sebaik sahaja butang mula ditekan. Pengguna boleh membuat perbandingan prestasi renangan dengan latihan yang sebelumnya.


10) DWI BASIKAL (basikal boleh dilipat dan dijadikan troli)




Inilah konsep basikal boleh lipat yang boleh dijadikan troli ketika membeli belah. Ia merupakan sebuah konsep yang diperkenalkan oleh Ville. Ia berkonsepkan sebuah basikal yang mesra pengguna dimana basikal ini mempunyai 2 bakul untuk membawa barang. Apabila basikal ini dilipat, ia kelihatan seperti sebuah troli beroda 3 dengan 2 bakul.Oleh itu, pengguna boleh membawa masuk 'troli' ini ke pasaraya untuk berbelanja dan tidak perlu risau basikal tersebut akan dicuri .

~biodata~


  • Nama : Nur Syafiqah bt Muhammad Situl
  • No Matrik : A 128573
  • Program : Linguistik
  • Tahun : 2
  • Semester : (2)
  • Sesi: 2010/2011
  • Subjek: GGGE 2123 Teknologi & Inovasi dalam Pendidikan
  • Tutorial : Mejar Mohd Jasmy bin Abd Rahman, Selasa 8.00 malam hingga 10.00 malam, Makmal 3 Fakulti Pendidikan, UKM Bangi.